Kekadang Kita Terlupa...

Salam,
kekadang kita terlupa....

Renungan untuk kita semua:

1) Dari b ujang -kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...

KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- mad ina h ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berl aku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan...
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang
40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin...hmmm..kalu rajin la..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati


Sumber: Insan perihatin



Ditugaskan menjadi pengacara majlis dan sempat berposing.

KARAOKE SUKA-SUKA



Sempena Sambutan Hari Guru SK Petri Jaya 2010 telah diadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan. Antaranya ialah karaoke suka-suka.

HARI GURU SK PETRI JAYA 2010



BARISAN GURU SK PJ MELAFAZKAN IKRAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2O1O

BENGKEL PERMATA LINUS








PADA 01 APRIL 2010 ( KHAMIS ) JAWATAN KUASA LINUS SK PETRI JAYA TELAH BERJAYA MENJALANKAN SEBUAH PROGRAM UNTUK IBU BAPA MURID LINUS YANG DIBERI NAMA "BENGKEL PERMATA LINUS".PROGRAM INI TELAH DIRANCANG OLEH SAYA SENDIRI (GURU LINUS BAHASA MELAYU) DENGAN KERJASAMA EN SHAHRULAZUAN BIN SAMSUDIN (GURU LINUS MATEMATIK). ANTARA TUJUAN UTAMA PROGRAM INI DIJALANKAN ADALAH UNTUK MENAMBAHKAN KOLEKSI BAHAN BANTU BELAJAR MURID-MURID LINUS DENGAN KERJASAMA IBU BAPA MURID LINUS. PADA MULANYA SAYA BERASA BIMBANG JIKA PROGRAM INI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN IBU BAPA, NAMUN DENGAN KEHADIRAN 14/19 ORANG PESERTA TELAH MENUNJUKKAN PROGRAM INI BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIFNYA. PESERTA BENGKEL JUGA KELIHATAN SERONOK MENJALAN AKTIVITI TERUTAMA KETIKA AKTIVITI MEMBUAT DOH DARIPADA TEPUNG DIJALANKAN. SEMUA BAHAN YANG TERHASIL AKAN DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK MEMBANTU MURID-MURID LINUS MENGUASAI KEMAHIRAN 3M DENGAN LEBIH EFEKTIF. SEMOGA PROGRAM SEPERTI INI DAPAT DIJALANKAN LAGI PADA MASA AKAN DATANG.

RENUNGKAN..

"TIDAK ADA KEBAIKAN IBADAH YANG TIDAK ADA ILMUNYA DAN TIDAK ADA KEBAIKAN BACAAN KALAU TIDAK ADA PERHATIAN UNTUKNYA."

SAYIDINA ALI A.S

Salam Kedukaan..

Salam...hari ini merupakan hari berduka kepada Pn Napidah bt Abu Bakar ( Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah ) kerana telaha kehilangan ayahanda tercintanya , En Abu Bakar kerana sesak nafas...warga SKPJ merakamkan ucapan takziah atas peristiwa ini...semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya ..Amiiin...

Nyanyian Duka Buat Mereka Yang Telah Pergi.....

darjat tinggi ketika hidup dan sesudah mati
adalah tanda
bahawa engkau telah mendapat kemuliaan
seolah di sekitarmu
ada sekumpulan orang yang berdiri
untuk memenuhi panggilanmu
saat tiba waktu solat
seolah-olah engkau berdiri
dan berkhutbah di hadapan mereka
sedang mereka hendak melakukan solat
engkau menghulurkan kedua tangan kepada mereka
seolah engkau menghulurkannya
dan memberi sesuatu
ketika perut bumi terasa sempit
untuk menampung segala kemuliaanmu
mereka bermaksud memberikan kesejukan
di kuburmu dengan suara ratapan
tidak ada kubur bagimu
aku katakan :"berilah kami minum"
kerana engkau adalah butiran air
yang turun bersama lebatnya hujan
engkau mendapat salam dari Yang Maha Kasih
dengan keberkatan hati yang mengharum
kerana keagungan jiwamu terus terjaga
oleh pengawal dan penjaga yang terpecaya
sedang di kegelapan malam
di sekelilingmu selalu dinyalakan api
begitulah keadaanmu
selama masa hidupmu..

sumber : Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Jangan Bersedih ( La Tahzan )

NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

PENARI CILIK SKPJ





PADA 14 MAC 2010, BERSAMAAN HARI AHAD, KELAB KEBUDAYAAN SK PETRI JAYA DI BAWAH PIMPINAN PN NORLIZA BT SALIM DAN PN RUBIAH ISMAIL TELAH MENGADAKAN PERSEMBAHAN TARIAN PADA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK EN ABU BAKAR, PENDUDUK PETRI JAYA.AKTIVITI INI ADALAH MERUPAKAN SALAH SATU PROGRAM KELAB KEBUDAYAAN PADA TAHUN INI. ANTARA OBJEKTIFNYA IALAH MENGERATKAN SILLATURRAHIM ANTARA MASYARAKAT SELAIN MENAMBAH TABUNG KELAB KEBUDAYAAN.

PENGHUJUNG KERINDUAN INI..

AKU DI PENGHUJUNG KERINDUAN INI,
LELAH MENANTI,
KEBAHAGIAAN BELUM MENJENGUK SUKMA,
LALU AKU BERDIRI,
DI SUDUT KENANGAN LALU,
MENGIMBAU DETIK-DETIK KEGEMBIRAAN,
YANG KIAN MEMUDAR,
AKU DI PENGHUJUNG KERINDUAN INI,
MASIH BERTELEKU DI SINI,
MENCARI KASIH ABADI,
YANG MASIH BELUM KU TEMUI,
WALAU SUDAH KUTERPANDANG,
BAYANG PELANGINYA,
DI BALIK TIRAI MIMPI...

PROGRAM BAI'AH PERMATA HATI DAN TAKLIMAT LINUS






Alhamdulillah, pada 08 Mac 2010 Jawatankuasa Kecemerlangan dan Jawatankuasa LINUS SK Petri Jaya telah berjaya mengadakan program 2 dalam 1 iaitu program akujanji murid dan ibu bapa tahun 6 serta taklimat LINUS bagi ibu bapa dan murid tahun 1. taklimat kecemerlangan telah disampaikan oleh En Roslan bin Bongsu@Baba selaku GPK 1 SK Petri Jaya. Taklimat LINUS pula telah disampaikan oleh Pn Norliza bt Salim , Penyelaras LINUS Tahun 1 merangkap Penyelaras Kecemerlangan SK Petri Jaya. Program berjalan dengan lancar bermula jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Objektif program ini tercapai dengan kehadiran lebih daripada 80% ibu bapa yang terlibat. Ibu bapa dan murid sama-sama melafazkan ikrar untuk mencapai kemerlangan bersama. Ibu bapa murid tahun 1 juga diberi penerangan yang jelas tentang matlamat, objektif , sasaran dan pelaksanaan LINUS serta mengharapkan agar ibu bapa sentiasa memberi kerjasama pada program-program yang akan dijalankan kelak.

BERMULANYA DI SINI...



Alhamdulillah, rentetan daripada kursus-kursus bina blog yang saya hadiri, maka terciptalah blog saya sendiri. Harapan saya , rakan-rakan akan sentiasa memberi komen yang membina berkaitan blog ini. Terima kasih.