RENUNGKAN..

"TIDAK ADA KEBAIKAN IBADAH YANG TIDAK ADA ILMUNYA DAN TIDAK ADA KEBAIKAN BACAAN KALAU TIDAK ADA PERHATIAN UNTUKNYA."

SAYIDINA ALI A.S

Salam Kedukaan..

Salam...hari ini merupakan hari berduka kepada Pn Napidah bt Abu Bakar ( Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah ) kerana telaha kehilangan ayahanda tercintanya , En Abu Bakar kerana sesak nafas...warga SKPJ merakamkan ucapan takziah atas peristiwa ini...semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya ..Amiiin...

Nyanyian Duka Buat Mereka Yang Telah Pergi.....

darjat tinggi ketika hidup dan sesudah mati
adalah tanda
bahawa engkau telah mendapat kemuliaan
seolah di sekitarmu
ada sekumpulan orang yang berdiri
untuk memenuhi panggilanmu
saat tiba waktu solat
seolah-olah engkau berdiri
dan berkhutbah di hadapan mereka
sedang mereka hendak melakukan solat
engkau menghulurkan kedua tangan kepada mereka
seolah engkau menghulurkannya
dan memberi sesuatu
ketika perut bumi terasa sempit
untuk menampung segala kemuliaanmu
mereka bermaksud memberikan kesejukan
di kuburmu dengan suara ratapan
tidak ada kubur bagimu
aku katakan :"berilah kami minum"
kerana engkau adalah butiran air
yang turun bersama lebatnya hujan
engkau mendapat salam dari Yang Maha Kasih
dengan keberkatan hati yang mengharum
kerana keagungan jiwamu terus terjaga
oleh pengawal dan penjaga yang terpecaya
sedang di kegelapan malam
di sekelilingmu selalu dinyalakan api
begitulah keadaanmu
selama masa hidupmu..

sumber : Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Jangan Bersedih ( La Tahzan )

NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

PENARI CILIK SKPJ





PADA 14 MAC 2010, BERSAMAAN HARI AHAD, KELAB KEBUDAYAAN SK PETRI JAYA DI BAWAH PIMPINAN PN NORLIZA BT SALIM DAN PN RUBIAH ISMAIL TELAH MENGADAKAN PERSEMBAHAN TARIAN PADA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK EN ABU BAKAR, PENDUDUK PETRI JAYA.AKTIVITI INI ADALAH MERUPAKAN SALAH SATU PROGRAM KELAB KEBUDAYAAN PADA TAHUN INI. ANTARA OBJEKTIFNYA IALAH MENGERATKAN SILLATURRAHIM ANTARA MASYARAKAT SELAIN MENAMBAH TABUNG KELAB KEBUDAYAAN.

PENGHUJUNG KERINDUAN INI..

AKU DI PENGHUJUNG KERINDUAN INI,
LELAH MENANTI,
KEBAHAGIAAN BELUM MENJENGUK SUKMA,
LALU AKU BERDIRI,
DI SUDUT KENANGAN LALU,
MENGIMBAU DETIK-DETIK KEGEMBIRAAN,
YANG KIAN MEMUDAR,
AKU DI PENGHUJUNG KERINDUAN INI,
MASIH BERTELEKU DI SINI,
MENCARI KASIH ABADI,
YANG MASIH BELUM KU TEMUI,
WALAU SUDAH KUTERPANDANG,
BAYANG PELANGINYA,
DI BALIK TIRAI MIMPI...

PROGRAM BAI'AH PERMATA HATI DAN TAKLIMAT LINUS






Alhamdulillah, pada 08 Mac 2010 Jawatankuasa Kecemerlangan dan Jawatankuasa LINUS SK Petri Jaya telah berjaya mengadakan program 2 dalam 1 iaitu program akujanji murid dan ibu bapa tahun 6 serta taklimat LINUS bagi ibu bapa dan murid tahun 1. taklimat kecemerlangan telah disampaikan oleh En Roslan bin Bongsu@Baba selaku GPK 1 SK Petri Jaya. Taklimat LINUS pula telah disampaikan oleh Pn Norliza bt Salim , Penyelaras LINUS Tahun 1 merangkap Penyelaras Kecemerlangan SK Petri Jaya. Program berjalan dengan lancar bermula jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Objektif program ini tercapai dengan kehadiran lebih daripada 80% ibu bapa yang terlibat. Ibu bapa dan murid sama-sama melafazkan ikrar untuk mencapai kemerlangan bersama. Ibu bapa murid tahun 1 juga diberi penerangan yang jelas tentang matlamat, objektif , sasaran dan pelaksanaan LINUS serta mengharapkan agar ibu bapa sentiasa memberi kerjasama pada program-program yang akan dijalankan kelak.

BERMULANYA DI SINI...



Alhamdulillah, rentetan daripada kursus-kursus bina blog yang saya hadiri, maka terciptalah blog saya sendiri. Harapan saya , rakan-rakan akan sentiasa memberi komen yang membina berkaitan blog ini. Terima kasih.